Tuesday 22 November 2011

Badan Kehakiman

Badan Kehakiman bertanggungjawab dalam menjalankan kuasa-kuasa kehakiman dan berperanan sebagai pelindung hak-hak asasi manusia daripada sebarang pencabulan oleh orang perseorangan.

Struktur Kehakiman Malaysia

Badan Perundangan




Parlimen
Menurut perkara 44(4) Perlembagaan Malaysia,kuasa perundangan di peringkat perundangan negara terletak pada parlimen.

Struktur Parlimen terdiri daripada:

  • Bikameral,iaitu mempunyai dua buah House of Common dan House of Lord di England atau House of Representative dan House of Senate di Amerika Syarikat,dewan seperti Dewan Rakyat dan Dewan Negara di Malaysia atau Amerika Syarikat.
  • Unikameral, iaitu mempunyai satu dewan sahaja.








Ideologi dan Politik

  








Ideologi dan Politik ialah komponen yang dianggap penting terutamanya dalam proses pembinaan negara bangsa.Komponen tersebut bertindak sebagai pelengkap dan pemangkin kepada pembinaan sesebuah kerajaan dan negara.








Ø  Ideologi
Berasal daripada perkataan idea dan logic yang membawa maksud idea-idea yang disusun secara teratur untuk mewujudkan satu sistem kehidupan.Terdapat beberapa ideologi yang seharusnya diberikan perhatian , misalnya nasionalisme, kapitalisme, komunisme, sosialisme dan fasisme.Di Malaysia, terdapat satu ideology negara seperti Rukun Negara.Ideologi tersebut dibentuk bagi mempertahankan keesahan sistem dan pemerintahan yang ada, pembahagian-pembahagian kuasa didalamnya dan tindakan-tindakan yang dibuat olehnya.










Antara parti-parti politik di Malaysia


Ø  Politik
Mengikut konteks pembinaan negara bangsa dan kenegaraan Malaysia,politik merupakan satu aspek yang penting dalam menentukan sistem pentadbiran dan pemerintahan negara.Dalam proses pembentukan kerajaan, politik memainkan peranan yang penting terutama di sebuah negara yang mengamalkan demokrasi.Pembentukan kerajaan dilakukan melalui pilihan raya.Pilihan raya merupakan sebahagian daripada proses politik.

·         Fungsi-fungsi ideologi

Ø  Berperanan sebagai landasan perhubungan simbolik antara warganegara dengan pemerintahan.
Ø  Menyatukan seluruh warganegara yang berbilang kaum dan agama didalam sesebuah negara.Perpaduan yang dibentuk dapat menguatkan institusi pemerintahan negara tersebut.
Ø  Digunakan bagi menyakinkan warganegara tentang dasar dan perubahan yang berlaku.Contohnya,ideologi Komunis yang dilaksanakan oleh kerajaan Rusia selepas Perang Dunia Kedua.


Monday 21 November 2011