Showing posts with label DASAR-DASAR NEGARA. Show all posts
Showing posts with label DASAR-DASAR NEGARA. Show all posts

Friday, 18 November 2011

DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN 1971


Pembangunan  Kebudayaan  Kebangsaan  bagi negara-negara yang baru merdeka amatlah penting untuk mewujudkan sebuah  negara  yang stabil dan  bersatupadu. Dengan yang  demikian usaha-usaha  pembentukan  Kebudayaan   Kebangsaan Malaysia adalah bertujuan untuk mencapai tiga objektif penting iaitu:

(i)   Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui Kebudayaan;
(ii)  Memupuk dan memelihara keperibadian  kebangsaan yang tumbuh daripada Kebudayaan Kebangsaan; dan
(iii) Memperkayakan  dan   mempertingkatkan   kualiti kehidupan  kemanusiaan dan kerohanian  yang  seimbang dengan pembangunan sosioekonomi.

    • Definisi Kebudayaan
    • keseluruhan cara hidup manusia.
    • Kepentingan kebudayaan
    • berperanan penting dalam proses pembangunan negara di Malaysia di mana keperibadian Malaysia harus dipupuk dalam usaha-usaha yang dijalankan ke arah meningkatkan pembangunan sosioekonomi dan politik. Ini sudah tentunya memerlukan penggemblengan dan penglibatan semua lapisan masyarakat dalam satu proses yang berterusan.
    • Bagi sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti di Malaysia, proses pembentukan kebudayaan nasional memerlukan perancangan yang teliti dan rapi supaya dapat melahirkan cara hidup yang bersifat keMalaysiaan.
    • Perancangan kebudayaan ini harus menentukan sifat-sifat yang baik, mulia dan utama bagi pembinaan bangsa dan ketahanan negara.
    • Apakah itu Dasar Kebudayaan Kebangsaan?
    • Satu dasar yang digubal pada tahun1971 sejak merdeka disebabkan tiada arah dalam mewujudkan kebudayaan kebangsaan.
    • Ini disebabkan kesedaran yg rendah dan kefahaman mengenai kebudayaan, kepentingan politik yg menekankan kebudayaan kaum shj dan penekanan yg lebih kpd kemajuan ekonomi.
    •  
  1. RASIONAL DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN
    • Penggubalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan merupakan langkah penting untuk mengekalkan perpaduan.
    • Menjadi garis panduan ke arah membentuk dan mewujudkan serta mengekalkan identiti dan perpaduan dalam masyarakat.
    • Akan menentukan sifat-sifat yang terbaik dan mulia bagi membina bangsa yang bersatu padu dan berdaya
  2. 3 PRINSIP DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN
    • Berteraskan kebudayaan rakyat asal rantau ini.
    • Melaka merupakan pusat perkembangan, penyebaran dan warisan kebudayaan Melayu.
    • Kebudayaan serantau digambarkan dengan penggunaan Bahasa Melayu.
    • Kebudayaan rakyat asal rantau ini dijadikan teras dalam Kebudayaan Kebangsaan
    • 2. Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai .
    • Unsur-unsur budaya asing, Cina, Arab, India dan sebagainya
    • Kesesuaian dan penerimaan dalam penyerapan kebudayaan bergantung kepada tidak wujudnya percanggahan dalam Perlembagaan dan prinsip-prinsip Rukun Negara
    • 3. Islam menjadi unsur penting di dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan.
    • Peringkat tertinggi- sepatutnya menampakkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam
    • Peringkat kedua- menerapkan budaya-budaya lain yang tidak bertentangan dengan budaya Islam
  3. OBJEKTIF DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN
    • Mengukuhkan perpaduan negara menerusi satu corak kebudayaan nasional.
    • Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh dari satu kebudayaan kebangsaan.
    • Memperkaya dan meningkatkan nilai-nilai kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang dengan pembangunan sosioekonomi.
  4. STRATEGI DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN
    • Pemulihan, pemeliharaan dan pembangunan kebudayaan ke arah menguatkan asas-asas KebudayaanKebangsaan melalui usahasama penyelidikan, pembangunan, pendidikan, pengembangan dan perhubungan budaya
    • Meningkat dan mengukuhkan kepimpinan budaya melalui usaha-usaha membimbing dan melatih peminat, mendokong dan menggerak kebudayaan seluas-luasnya sebagai jentera pembangunan yang berkesan
    • Mewujudkan komunikasi yang berkesan ke arah kesedaran kebangsaan, kenegaraan dan nasionalisme Malaysia
    • Memenuhi keperluan sosiobudaya
    • Meninggikan taraf dan mutu kesenian.
    • Peranan Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan dalam pelaksanaan matlamat dan strategi dasar ini adalah penting. Antara lain Kementerian ini menguruskan penyelidikan, pembangunan dan penggalakan, pendidikan dan pengembangan kesenian dan perhubungan ke arah kemajuankebudayaan kebangsaan.
    PERLAKSANAAN DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN 
    • Usaha-usaha itu dicapai melalui aktiviti-aktiviti pembangunan, persembahan seni oleh Kompleks Budaya Negara sebagai pengelola dan urusetia perhubungan kebudayaan antarabangsa, MajlisKebudayaan Negeri, khidmat nasihat bagi mengukuhkan pertubuhan-pertubuhan kebudayaan dan kerjasama dengan badan-badan antarabangsa.
    • Di samping Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan, penglibatan pihak lain juga adalah penting dalam pelaksanaan dasar ini.
    • Mereka termasuklah Kementerian-kementerian dan Jabatan-jabatan Kerajaan Pusat, Kerajaan-kerajaan Negeri, badan-badan berkanun dan pihak swasta serta pertubuhan-pertubuhan kebudayaan.
    •     
    • Peranan Kementerian/Jabatan, Kerajaan-kerajaan Negeri dan badan-badan berkanun yang lain adalah sama penting dalam melaksanakan strategi dasar ini di dalam pengurusan harian dan pelaksanaan dasar-dasar semasa.
    • Peranan pihak swasta dan pertubuhan-pertubuhan kebudayaan kian diperlukan di mana badan-badan ini boleh memainkan peranan menjalankan usaha pembinaan dan kemajuan kebudayaan di peringkat organisasi masing-masing dan seterusnya membiayai penajaan program atau projek-projekkebudayaan.
  5. CABARAN YANG DIHADAPI
    • Setelah lebih 50 tahun kita merdeka kita masih belum dapat melihat satu bentuk kebudayaan Malaysia yang baru.
    • Setiap kaum dan etnik masih kuat menyuarakan dan meminta hak yang lebih luas untuk mengamalkankebudayaan masing-masing.
    • Media elektronik dan media cetak pula terpaksa melayan permintaan kaum yang ada di Malaysia masing-masing. Jelasnya rupa bentuk kebudaayaan yang masih wujud sehingga ini adalah terbahagi mengikut kaum dan ethnik masing-masing. Apa yang sering dipertontonkan kepada kita dan dunia ialah 'Malaysia Negara Pelbagai Kaum' yang bebas mengamalkan budaya dan adat resam masing-masing.
  6. PENUTUP
    •      Penggubalan dan pelaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah perlu bagi negara Malaysia yang sedang membangun dan yang mempunyai penduduk berbilang kaum yang mengamalkan budaya yang berbeza. Dasar ini dapat menjadi garis panduan dalam membentuk serta mewujudkan satu bangsa yang bersatu-padu serta mengekalkan identiti negara di kalangan dunia antarabangsa. Namun demikian pelaksanaannya adalah rumit dan tidak dapat dicapai dalam masa yang singkat. Kesedaran dan kefahaman yang luas akan dapat membantu tercapainya hasrat dan cita-cita pelaksanaan dasar ini kerana dengan keinsafan itu sahaja Kebudayaan Kebangsaan akan dapat dibezakan dengankebudayaan kesukuan atau kebudayaan kaum. Kebudayaan yang dipupuk itu akan mencirikan sifat-sifat persamaan yang melampaui batas-batas suku kaum dan memperlihatkan keperibadian   kebangsaanMalaysia itu sendiri sebagai sebuah negara yang merdeka dan bermaruah.
  7. Contoh-contoh aktiviti yang mengalakkan perpaduan di Malaysia
    • Pendidikan
    • Sekolah wawasan
    • Sekolah kluster
    • Sekolah sukan
    • Kesenian
    • Seni suara
    • Contoh: Marhaban, Kelab kebudayaan di sekolah,
    • Seni tari
    • Kelab tari
    • Seni ukir
    • Khat

DASAR EKONOMI BARU

Pelancaran Dasar Ekonomi Baru (NEP) pada tahun 1971 merupakan sejarah pelan ekonomi Malaysia. NEP menekankan pentingnya bagi mencapai sasaran sosio ekonomi seiring dengan mencapai objektif perkembangan ekonomi sebagai satu cara mewujudkan keharmonian dan perpaduan di dalam negara yang mempunyai pelbagai kumpulan etnik dan agama. Sasaran utama adalah perpaduan negara. Untuk mencapai sasaran ini, dua strategi utama telah diwujudkan:

  •      Untuk mengurangkan kemiskinan tegar tanpa mengira bangsa melalui kenaikan taraf pendapatan dan memperbanyakkan peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia.
  •        Untuk menyusun semula masyarakat bagi memperbaiki ketidakseimbangan ekonomi agar mengurangkan dan seterusnya menghapuskan identifikasi kaum dengan fungsi ekonomi.

Salah satu aspek penting NEP adalah berada di premis ekonomi yang berkembang pesat. Perkembangan adalah syarat yang perlu untuk menyediakan peluang bagi yang miskin dan golongan yang kurang bernasib baik untuk membolehkan mereka keluar dari kemiskinan dan turut serta di dalam aktiviti aliran utama ekonomi. Tambahan lagi, ia memastikan yang bahawa pengagihan tidak berlaku dari peruntukan semula kekayaan yang ada tetapi dari pengembangan dan punca baru kekayaan. Perlaksanaan strategi untuk membasmi kemiskinan dan penyusunan semula masyakat menghasilkan kemajuan yang ketara dalam pengagihan pendapatan menjelang 1990. Kadar isi rumah yang hidup di bawah taraf kemiskinan menurun dari 49.3 peratus pada tahun 1970 kepada 16.5 peratus pada tahun 1990 dan menurun lagi kepada 5.1 peratus pada 2002.

Dalam istilah penstrukturan ekuiti korporat, lebih dari dua per tiga ekuiti korporat di Malaysia dimiliki oleh warga asing pada tahun 1970, sementara Bumiputera , kaum pribumi yang mewakili dua pertiga dari jumlah penduduknya , memiliki hanya lebih sedikit dari 2 peratus. NEP menetapkan sasaran penstrukturan berupa 30:40:30, di mana menjelang 1990, pegangan kaum Bumiputera patut mencapai 30 peratus, rakyat Malaysia yang lain 40 peratus dan warga asing 30 peratus, di dalam konteks ekonomi yang berkembang. Pada tahun 1990, bahagian ekuiti Bumiputera bertambah kepada 20.4 peratus dari keseluruhan jumlah ekuiti korporat, dan pegangan rakyat Malaysia yang lain bertambah kepada 46.8 peratus dan 25.1 peratus untuk warga asing. Walaupun Bumiputera tidak mencapai sasaran 30 peratus pegangan ekuiti menjelang 1990, kemajuan yang dihasilkan oleh mereka adalah cukup besar berbanding dengan kedudukan mereka pada tahun 1970. Menjelang 2002, disebabkan jumlah nilai ekuiti berkembang dengan pesat, pegangan semua kumpulan bertambah dalam nilai mutlak. Walaupun bahagian warga asing jatuh kepada hampir satu pertiga, nilainya bertambah 30 kali ganda berbanding dengan kedudukan mereka pada tahun 1970. Strategi pembasmian kemiskinan Malaysia sentiasa memfokuskan kepada pembangunan sumber manusia dan kualiti kemajuan hidup. Program-program yang berkaitan menekankan projek yang menjana pendapatan dan bukan bantuan kebajikan, kecuali dalam kes-kes terkecuali di mana bantuan secara langsung diberikan.

Ini untuk memastikan rakyat miskin boleh berdikari untuk turut serta dalam aktiviti aliran utama ekonomi. Kebanyakan strategi pembangunan luar bandar telah memasukkan program pembasmian kemiskinan seperti tanah baru dan pembangunan in-situ; peruntukan bagi infrastruktur saliran dan pengairan; perkhidmatan sokongan pertanian; menggalakkan pembangunan industri kampung/kecil; infrastruktur luar bandar termasuk jalanraya, eletrik dan air; dan perkidmatan sosial seperti kesihatan, sekolah, bantuan makanan dan penempatan semula setinggan.