Friday 18 November 2011

NEGARA & CIRI2 NEGARA




Kamus Dewan Edisi Keempat (2007) mendefinisikan "negara" sebagai suatu masyarakat yang menduduki kawasan tertentu dan diperintah oleh sesebuah kerajaan, kawasan yang dibawah kekuasaan kerajaan tertentu dan segala yang berkaitan dengan negara (masyarakat dan kawasan di bawah satu kerajaan). Istilah "negara" atau state selalunya dihubungkan dengan bangsa, masyarakat, kerajaan dan sebagainya. Namun dalam pengertian ilmu sains politik, istilah-istilah itu mempunyai definisi yang berbeza bergantung kepada konteks penggunaannya.

     Maksud negara juga merujuk kepada sekumpulan manusia yang mendiami wilayah atau daerah tertentu di bawah undang-undang dan kuasa pemerintahan. Konsep negara menurut undang-undang antarabangsa ialah sesuatu masyarakat politik atau wilayah layak dianggap sebagai sebuah negara sekiranya mempunyai ciri-ciri berikut:

1. Sempadan (Wilayah)
·         Merangkumi sempadan tanah daratan, air dan udara.Contohnya:
Ø  Singapura
Ø  Thailand
Ø  Indonesia

2. Penduduk tetap
·         Syarat-syarat untuk menjadi rakyat sesebuah negara adalah seperti berikut:

Ø  Tinggal tetap di wilayah tertentu(bermastautin)
Ø  Cukup umur(bergantung kepada sesebuah negara)
Ø  Jantina
Ø  Bangsa
Ø  Agama
3. Kerajaan
·         Tiga komponen utama kerajaan Malaysia:
Ø  Badan Perundangan(Legislatif)
Ø  Badan Pemerintahan(Eksekutif)
Ø  Badan Kehakiman(Judisiari)

4. Kedaulatan
·         Dibahagikan kepada dua:
Ø  Kedaulatan politik : kekuasaan rakyat yang berfungsi apabila pilihan raya diadakan untuk memilih kerajaan.
Ø  Kedaulatan yang sah: kekuasaan yang tertinggi dalam undang-undang negara dan dimiliki oleh pemerintah

No comments:

Post a Comment