Tuesday 22 November 2011

Ideologi dan Politik

  








Ideologi dan Politik ialah komponen yang dianggap penting terutamanya dalam proses pembinaan negara bangsa.Komponen tersebut bertindak sebagai pelengkap dan pemangkin kepada pembinaan sesebuah kerajaan dan negara.








Ø  Ideologi
Berasal daripada perkataan idea dan logic yang membawa maksud idea-idea yang disusun secara teratur untuk mewujudkan satu sistem kehidupan.Terdapat beberapa ideologi yang seharusnya diberikan perhatian , misalnya nasionalisme, kapitalisme, komunisme, sosialisme dan fasisme.Di Malaysia, terdapat satu ideology negara seperti Rukun Negara.Ideologi tersebut dibentuk bagi mempertahankan keesahan sistem dan pemerintahan yang ada, pembahagian-pembahagian kuasa didalamnya dan tindakan-tindakan yang dibuat olehnya.










Antara parti-parti politik di Malaysia


Ø  Politik
Mengikut konteks pembinaan negara bangsa dan kenegaraan Malaysia,politik merupakan satu aspek yang penting dalam menentukan sistem pentadbiran dan pemerintahan negara.Dalam proses pembentukan kerajaan, politik memainkan peranan yang penting terutama di sebuah negara yang mengamalkan demokrasi.Pembentukan kerajaan dilakukan melalui pilihan raya.Pilihan raya merupakan sebahagian daripada proses politik.

·         Fungsi-fungsi ideologi

Ø  Berperanan sebagai landasan perhubungan simbolik antara warganegara dengan pemerintahan.
Ø  Menyatukan seluruh warganegara yang berbilang kaum dan agama didalam sesebuah negara.Perpaduan yang dibentuk dapat menguatkan institusi pemerintahan negara tersebut.
Ø  Digunakan bagi menyakinkan warganegara tentang dasar dan perubahan yang berlaku.Contohnya,ideologi Komunis yang dilaksanakan oleh kerajaan Rusia selepas Perang Dunia Kedua.


No comments:

Post a Comment