Tuesday 22 November 2011

Badan Kehakiman

Badan Kehakiman bertanggungjawab dalam menjalankan kuasa-kuasa kehakiman dan berperanan sebagai pelindung hak-hak asasi manusia daripada sebarang pencabulan oleh orang perseorangan.

Struktur Kehakiman Malaysia

Badan Perundangan




Parlimen
Menurut perkara 44(4) Perlembagaan Malaysia,kuasa perundangan di peringkat perundangan negara terletak pada parlimen.

Struktur Parlimen terdiri daripada:

  • Bikameral,iaitu mempunyai dua buah House of Common dan House of Lord di England atau House of Representative dan House of Senate di Amerika Syarikat,dewan seperti Dewan Rakyat dan Dewan Negara di Malaysia atau Amerika Syarikat.
  • Unikameral, iaitu mempunyai satu dewan sahaja.








Ideologi dan Politik

  








Ideologi dan Politik ialah komponen yang dianggap penting terutamanya dalam proses pembinaan negara bangsa.Komponen tersebut bertindak sebagai pelengkap dan pemangkin kepada pembinaan sesebuah kerajaan dan negara.








Ø  Ideologi
Berasal daripada perkataan idea dan logic yang membawa maksud idea-idea yang disusun secara teratur untuk mewujudkan satu sistem kehidupan.Terdapat beberapa ideologi yang seharusnya diberikan perhatian , misalnya nasionalisme, kapitalisme, komunisme, sosialisme dan fasisme.Di Malaysia, terdapat satu ideology negara seperti Rukun Negara.Ideologi tersebut dibentuk bagi mempertahankan keesahan sistem dan pemerintahan yang ada, pembahagian-pembahagian kuasa didalamnya dan tindakan-tindakan yang dibuat olehnya.










Antara parti-parti politik di Malaysia


Ø  Politik
Mengikut konteks pembinaan negara bangsa dan kenegaraan Malaysia,politik merupakan satu aspek yang penting dalam menentukan sistem pentadbiran dan pemerintahan negara.Dalam proses pembentukan kerajaan, politik memainkan peranan yang penting terutama di sebuah negara yang mengamalkan demokrasi.Pembentukan kerajaan dilakukan melalui pilihan raya.Pilihan raya merupakan sebahagian daripada proses politik.

·         Fungsi-fungsi ideologi

Ø  Berperanan sebagai landasan perhubungan simbolik antara warganegara dengan pemerintahan.
Ø  Menyatukan seluruh warganegara yang berbilang kaum dan agama didalam sesebuah negara.Perpaduan yang dibentuk dapat menguatkan institusi pemerintahan negara tersebut.
Ø  Digunakan bagi menyakinkan warganegara tentang dasar dan perubahan yang berlaku.Contohnya,ideologi Komunis yang dilaksanakan oleh kerajaan Rusia selepas Perang Dunia Kedua.


Monday 21 November 2011

Tarian Malaysia




Tamadun Melayu

TINGGALAN KERAJAAN CHAMPA


BATU BERSURAT  DITERENGGANU

DINAR EMAS

Sumbangan Tamadun China








Tulisan

                                      TULISAN IDEOGRAM  ( berdasarkan simbol dan gambar )

Sumbangan Han Fei Tzu


Han Fei Tzu merupakan seorang ahli falsafah pada zaman Dinasti Chin. Beliau telah menggubal undang-undang dalam tamadun China yang berteraskan dua prinsip utama, iaitu hukuman barat dan bercorak kolektif.Undang-undang ini berteraskan legalisme menjadikan undang-undang yang tegas dan kukuh serta dapat mengawal tingkah laku manusia.Belas kasihan tidak harus wujud untuk memastikan undang-undang ini berjalan dengan lancar.Ini adalah perlu untuk membendung sikap liar masyarakat.Raja juga berperanan dalam hal ini ,disebabkan itu raja mempunyai kuasa mutlak dan utuh.



Sunday 20 November 2011

Tamadun China

 Tamadun China terletak di Lembah Hwang Ho dan meluas hingga ke bahagian selatan China. Perluasan kawasan ini bermula dengan kemunculan Dinasti Chin. Kelahiran empayar yang pertama itu menandakan satu peningkatan dalam tamadun China. Dinasti Chin bermula pada tahun 221 S.M. dan berakhir pada tahun 206 S.M.. Maharaja Shih Huang Ti merupakan pengasas Dinasti Chin dan beliau berjaya memperluas jajahan takluknya hingga terbantuk sebuah empayar. Jajahan takluknya amat luas sehingga ke Sungai Merah di Vietnam. 







Badan Pemerintah Eksekutif

YANG DI-PERTUAN AGONG (SEKARANG)
SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN IBNI ALMARHUM SULTAN MAHMUD AL-MUKTAFI BILLAH SHAH AL-HAJ 


MAJLIS RAJA-RAJA

PERDANA MENTERI ( 1957-KINI )

KABINET / JEMAAH MENTERI

Doktrin Pengasingan Kuasa

Simbol-Simbol Identiti Negara

JALUR GEMILANG
JATA NEGARA

BUNGA RAYA


PARLIMEN MALAYSIA


LAGU NEGARAKU

RUKUN NEGARA

Pengenalan Pembinaan Identiti



Malaysia ditubuhkan secara rasmi pada 16 September 1963 merupakan gabungan beberapa negeri dan wilayah yang boleh dipecahkan kepada wilayah  Malaysia Timur dan Malaysia Barat. Malaysia Timur terdiri daripada Sabah dan Sarawak manakala Malaysia Barat pula terdiri daripada sebelas buah negeri yang terletak di semenanjung Malaysia selain tiga wilayah persekutuan yang turut membentuk negara ini.Identiti politik yang sebelum ini dikenali sebagai Malaya atau  Persekutuan Tanah Melayu telahpun mencapai kemerdekaan dan kedaulatannya bermula pada tanggal 31 Ogos 1957.

Definisi, Asal, Faktor, dan Kesan Kedatangan Islam


  • Definisi
Ditakrifkan oleh pelbagai pihak sebagai satu kawasan Tamadun Melayu yang kaya dan luas melingkungi rantau geografi yang meliputi beberapa negara seperti Malaysia, Indonesia, Brunei, Filipina, Singapura, selatan Thailand, Myanmar ( Burma ), Indo-China dan berkembang pesat ke kepulauan Pasifik di bahagian timur mencecah Melanesia dan Ocenia serta Sri Langka,Madagascar di barat sehingga ke Taiwan ( Farmosa ) dibahagian utara yang digelar sebagai Rumpun Polynesia atau Tagaroa.

  • Kedatangan Islam ke Alam Melayu dari:
1.      China
2.      India
3.      Arab

  • Faktor-Faktor Penentu Perkembangan Islam di Alam Melayu:
1.      Faktor persaingan dan penyebaran agama.
2.      Faktor perkahwinan.
3.      Faktor perdagangan.
4.      Faktor politik dan penaklukan.
5.      Faktor peranan ahli-ahli sufi.

  • Kesan-Kesan Kedatangan Islam ke Alam Melayu:
1.      Pandangan semesta.
2.      Politik, pemerintahan, dan undang-undang.
3.      Sosial.
4.      Ekonomi.
5.      Kesenian.
6.      Ilmu pengetahuan,bahasa, dan sastera.
7.      Adat dan cara hidup.

pengenalan Alam Melayu


·         Alam Melayu turut dikenali sebagai Nusantara dan terkenal sebagai ‘Mutiara Timur’.
·         Nusantara merujuk kepada negara-negara di Asia Tenggara seperti Kepulauan Indonesia, Malaysia, dan Filipina.
·         Manakala,gelaran ‘Mutiara Timur’oleh sebab kepelbagaian khazanah sumber ekonomi.
·         Tamadun ini telah berusia lebih 5,000 tahun.
·         Tamadun ini melalui tiga peringkat:
1.      Tamadun Purba @ Prasejarah ( sehingga abad ke-M )
2.      Tamadun Hindu,iaitu sejak kedatangan pengaruh Hindu ( abad ke-3 M dan Arab Jahiliyah hingga tahun 1200 M )
3.      Tamadun Moden, iaitu selepas kedatangan Islam (1200 M hingga kini )

·         Berasaskan ketiga-tiga peringkat tersebut, Tamadun Islam sering disinonimkan dengan Islam.Melayu dan Islam bagaikan dua entiti yang tidak dapat dipisahkan kerana sudah lama bangsa Melayu dikenal pasti menganut agama Islam.

Saturday 19 November 2011

Negara Bangsa



Konsep negara bangsa merupakan keadaan tertinggi yang boleh dijelmakan oleh sesebuah negara.Konsep ini memperlihatkan kewujudan bangsa idaman sebagaimana bangsa Malaysia.Secara ilmiahnya konsep negara bangsa menjurus kepada sebuah negara yang berdaulat dengan rakyatnya hidup bersatu padu tanpa dipisahkan oleh sentimen perkauman, keturunan, agama, bangsa, budaya, daerah, dan sebagainya yangdilihat boleh membawa kepada perpecahan.

·         Ras, Etnik, dan Bangsa

Ø  Ras
Secara mudahnya istilah ras bermaksud suatu keadaan untuk membezakan antara satu penduduk manusia ( atau bukan manusia ) dengan yang  lain.Perbezaan penduduk manusia bersifat visible ( terutamanya warna kulit dan bentuk muka ), baka  dan pengenalan diri, contohnya ciri-ciri kemalayuan seperti dari segi rasnya seperti berkulit sawo matang,tidak terlalu tinggi dan terlalu rendah, berambut hitam dan sebagainya.

Ø  Etnik
Manakala,istilah etnik sinonim dengan istilah kaum yang merujuk kepada kaum-kaum tertentu dalam masyarakat majmuk.

Ø  Bangsa
Bangsa lahir daripada pengaruh ras dan etnik yang sengaja diwujudkan oleh ilmuan untuk membezakan antara ras dan etnik tertentu misalnya bangsa Melayu, bangsa Cina, bangsa India, Pribumi, orang Asli dan sebagainya.

·         Ciri-ciri masyarakat:

1.      Tinggal di negeri atau wilayah tertentu.
2.      Berkongsi budaya.
3.      Mendukung undang-undang bersama.
4.      Menganggotai institusi dan organisasi bersama.
5.      Berhubungan dan bekerjasama antara satu sama lain.

·         Ciri-ciri kebudayaan:

1.      Diperturunkan dari generasi ke generasi.
2.      Dipelajari.
3.      Kerangka rujukan bagi masyarakat.
4.      Dinamis dan kreatif.
5.      Nilai dan identiti kelompok.
6.      Dikongsi bersama.

·       

Friday 18 November 2011

DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN 1971


Pembangunan  Kebudayaan  Kebangsaan  bagi negara-negara yang baru merdeka amatlah penting untuk mewujudkan sebuah  negara  yang stabil dan  bersatupadu. Dengan yang  demikian usaha-usaha  pembentukan  Kebudayaan   Kebangsaan Malaysia adalah bertujuan untuk mencapai tiga objektif penting iaitu:

(i)   Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui Kebudayaan;
(ii)  Memupuk dan memelihara keperibadian  kebangsaan yang tumbuh daripada Kebudayaan Kebangsaan; dan
(iii) Memperkayakan  dan   mempertingkatkan   kualiti kehidupan  kemanusiaan dan kerohanian  yang  seimbang dengan pembangunan sosioekonomi.

    • Definisi Kebudayaan
    • keseluruhan cara hidup manusia.
    • Kepentingan kebudayaan
    • berperanan penting dalam proses pembangunan negara di Malaysia di mana keperibadian Malaysia harus dipupuk dalam usaha-usaha yang dijalankan ke arah meningkatkan pembangunan sosioekonomi dan politik. Ini sudah tentunya memerlukan penggemblengan dan penglibatan semua lapisan masyarakat dalam satu proses yang berterusan.
    • Bagi sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti di Malaysia, proses pembentukan kebudayaan nasional memerlukan perancangan yang teliti dan rapi supaya dapat melahirkan cara hidup yang bersifat keMalaysiaan.
    • Perancangan kebudayaan ini harus menentukan sifat-sifat yang baik, mulia dan utama bagi pembinaan bangsa dan ketahanan negara.
    • Apakah itu Dasar Kebudayaan Kebangsaan?
    • Satu dasar yang digubal pada tahun1971 sejak merdeka disebabkan tiada arah dalam mewujudkan kebudayaan kebangsaan.
    • Ini disebabkan kesedaran yg rendah dan kefahaman mengenai kebudayaan, kepentingan politik yg menekankan kebudayaan kaum shj dan penekanan yg lebih kpd kemajuan ekonomi.
    •  
  1. RASIONAL DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN
    • Penggubalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan merupakan langkah penting untuk mengekalkan perpaduan.
    • Menjadi garis panduan ke arah membentuk dan mewujudkan serta mengekalkan identiti dan perpaduan dalam masyarakat.
    • Akan menentukan sifat-sifat yang terbaik dan mulia bagi membina bangsa yang bersatu padu dan berdaya
  2. 3 PRINSIP DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN
    • Berteraskan kebudayaan rakyat asal rantau ini.
    • Melaka merupakan pusat perkembangan, penyebaran dan warisan kebudayaan Melayu.
    • Kebudayaan serantau digambarkan dengan penggunaan Bahasa Melayu.
    • Kebudayaan rakyat asal rantau ini dijadikan teras dalam Kebudayaan Kebangsaan
    • 2. Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai .
    • Unsur-unsur budaya asing, Cina, Arab, India dan sebagainya
    • Kesesuaian dan penerimaan dalam penyerapan kebudayaan bergantung kepada tidak wujudnya percanggahan dalam Perlembagaan dan prinsip-prinsip Rukun Negara
    • 3. Islam menjadi unsur penting di dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan.
    • Peringkat tertinggi- sepatutnya menampakkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam
    • Peringkat kedua- menerapkan budaya-budaya lain yang tidak bertentangan dengan budaya Islam
  3. OBJEKTIF DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN
    • Mengukuhkan perpaduan negara menerusi satu corak kebudayaan nasional.
    • Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh dari satu kebudayaan kebangsaan.
    • Memperkaya dan meningkatkan nilai-nilai kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang dengan pembangunan sosioekonomi.
  4. STRATEGI DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN
    • Pemulihan, pemeliharaan dan pembangunan kebudayaan ke arah menguatkan asas-asas KebudayaanKebangsaan melalui usahasama penyelidikan, pembangunan, pendidikan, pengembangan dan perhubungan budaya
    • Meningkat dan mengukuhkan kepimpinan budaya melalui usaha-usaha membimbing dan melatih peminat, mendokong dan menggerak kebudayaan seluas-luasnya sebagai jentera pembangunan yang berkesan
    • Mewujudkan komunikasi yang berkesan ke arah kesedaran kebangsaan, kenegaraan dan nasionalisme Malaysia
    • Memenuhi keperluan sosiobudaya
    • Meninggikan taraf dan mutu kesenian.
    • Peranan Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan dalam pelaksanaan matlamat dan strategi dasar ini adalah penting. Antara lain Kementerian ini menguruskan penyelidikan, pembangunan dan penggalakan, pendidikan dan pengembangan kesenian dan perhubungan ke arah kemajuankebudayaan kebangsaan.
    PERLAKSANAAN DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN 
    • Usaha-usaha itu dicapai melalui aktiviti-aktiviti pembangunan, persembahan seni oleh Kompleks Budaya Negara sebagai pengelola dan urusetia perhubungan kebudayaan antarabangsa, MajlisKebudayaan Negeri, khidmat nasihat bagi mengukuhkan pertubuhan-pertubuhan kebudayaan dan kerjasama dengan badan-badan antarabangsa.
    • Di samping Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan, penglibatan pihak lain juga adalah penting dalam pelaksanaan dasar ini.
    • Mereka termasuklah Kementerian-kementerian dan Jabatan-jabatan Kerajaan Pusat, Kerajaan-kerajaan Negeri, badan-badan berkanun dan pihak swasta serta pertubuhan-pertubuhan kebudayaan.
    •     
    • Peranan Kementerian/Jabatan, Kerajaan-kerajaan Negeri dan badan-badan berkanun yang lain adalah sama penting dalam melaksanakan strategi dasar ini di dalam pengurusan harian dan pelaksanaan dasar-dasar semasa.
    • Peranan pihak swasta dan pertubuhan-pertubuhan kebudayaan kian diperlukan di mana badan-badan ini boleh memainkan peranan menjalankan usaha pembinaan dan kemajuan kebudayaan di peringkat organisasi masing-masing dan seterusnya membiayai penajaan program atau projek-projekkebudayaan.
  5. CABARAN YANG DIHADAPI
    • Setelah lebih 50 tahun kita merdeka kita masih belum dapat melihat satu bentuk kebudayaan Malaysia yang baru.
    • Setiap kaum dan etnik masih kuat menyuarakan dan meminta hak yang lebih luas untuk mengamalkankebudayaan masing-masing.
    • Media elektronik dan media cetak pula terpaksa melayan permintaan kaum yang ada di Malaysia masing-masing. Jelasnya rupa bentuk kebudaayaan yang masih wujud sehingga ini adalah terbahagi mengikut kaum dan ethnik masing-masing. Apa yang sering dipertontonkan kepada kita dan dunia ialah 'Malaysia Negara Pelbagai Kaum' yang bebas mengamalkan budaya dan adat resam masing-masing.
  6. PENUTUP
    •      Penggubalan dan pelaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah perlu bagi negara Malaysia yang sedang membangun dan yang mempunyai penduduk berbilang kaum yang mengamalkan budaya yang berbeza. Dasar ini dapat menjadi garis panduan dalam membentuk serta mewujudkan satu bangsa yang bersatu-padu serta mengekalkan identiti negara di kalangan dunia antarabangsa. Namun demikian pelaksanaannya adalah rumit dan tidak dapat dicapai dalam masa yang singkat. Kesedaran dan kefahaman yang luas akan dapat membantu tercapainya hasrat dan cita-cita pelaksanaan dasar ini kerana dengan keinsafan itu sahaja Kebudayaan Kebangsaan akan dapat dibezakan dengankebudayaan kesukuan atau kebudayaan kaum. Kebudayaan yang dipupuk itu akan mencirikan sifat-sifat persamaan yang melampaui batas-batas suku kaum dan memperlihatkan keperibadian   kebangsaanMalaysia itu sendiri sebagai sebuah negara yang merdeka dan bermaruah.
  7. Contoh-contoh aktiviti yang mengalakkan perpaduan di Malaysia
    • Pendidikan
    • Sekolah wawasan
    • Sekolah kluster
    • Sekolah sukan
    • Kesenian
    • Seni suara
    • Contoh: Marhaban, Kelab kebudayaan di sekolah,
    • Seni tari
    • Kelab tari
    • Seni ukir
    • Khat