Monday, 21 November 2011

Sumbangan Han Fei Tzu


Han Fei Tzu merupakan seorang ahli falsafah pada zaman Dinasti Chin. Beliau telah menggubal undang-undang dalam tamadun China yang berteraskan dua prinsip utama, iaitu hukuman barat dan bercorak kolektif.Undang-undang ini berteraskan legalisme menjadikan undang-undang yang tegas dan kukuh serta dapat mengawal tingkah laku manusia.Belas kasihan tidak harus wujud untuk memastikan undang-undang ini berjalan dengan lancar.Ini adalah perlu untuk membendung sikap liar masyarakat.Raja juga berperanan dalam hal ini ,disebabkan itu raja mempunyai kuasa mutlak dan utuh.



Sunday, 20 November 2011

Tamadun China

 Tamadun China terletak di Lembah Hwang Ho dan meluas hingga ke bahagian selatan China. Perluasan kawasan ini bermula dengan kemunculan Dinasti Chin. Kelahiran empayar yang pertama itu menandakan satu peningkatan dalam tamadun China. Dinasti Chin bermula pada tahun 221 S.M. dan berakhir pada tahun 206 S.M.. Maharaja Shih Huang Ti merupakan pengasas Dinasti Chin dan beliau berjaya memperluas jajahan takluknya hingga terbantuk sebuah empayar. Jajahan takluknya amat luas sehingga ke Sungai Merah di Vietnam. 







Badan Pemerintah Eksekutif

YANG DI-PERTUAN AGONG (SEKARANG)
SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN IBNI ALMARHUM SULTAN MAHMUD AL-MUKTAFI BILLAH SHAH AL-HAJ 


MAJLIS RAJA-RAJA

PERDANA MENTERI ( 1957-KINI )

KABINET / JEMAAH MENTERI

Doktrin Pengasingan Kuasa

Simbol-Simbol Identiti Negara

JALUR GEMILANG
JATA NEGARA

BUNGA RAYA


PARLIMEN MALAYSIA


LAGU NEGARAKU

RUKUN NEGARA

Pengenalan Pembinaan Identiti



Malaysia ditubuhkan secara rasmi pada 16 September 1963 merupakan gabungan beberapa negeri dan wilayah yang boleh dipecahkan kepada wilayah  Malaysia Timur dan Malaysia Barat. Malaysia Timur terdiri daripada Sabah dan Sarawak manakala Malaysia Barat pula terdiri daripada sebelas buah negeri yang terletak di semenanjung Malaysia selain tiga wilayah persekutuan yang turut membentuk negara ini.Identiti politik yang sebelum ini dikenali sebagai Malaya atau  Persekutuan Tanah Melayu telahpun mencapai kemerdekaan dan kedaulatannya bermula pada tanggal 31 Ogos 1957.

Definisi, Asal, Faktor, dan Kesan Kedatangan Islam


  • Definisi
Ditakrifkan oleh pelbagai pihak sebagai satu kawasan Tamadun Melayu yang kaya dan luas melingkungi rantau geografi yang meliputi beberapa negara seperti Malaysia, Indonesia, Brunei, Filipina, Singapura, selatan Thailand, Myanmar ( Burma ), Indo-China dan berkembang pesat ke kepulauan Pasifik di bahagian timur mencecah Melanesia dan Ocenia serta Sri Langka,Madagascar di barat sehingga ke Taiwan ( Farmosa ) dibahagian utara yang digelar sebagai Rumpun Polynesia atau Tagaroa.

  • Kedatangan Islam ke Alam Melayu dari:
1.      China
2.      India
3.      Arab

  • Faktor-Faktor Penentu Perkembangan Islam di Alam Melayu:
1.      Faktor persaingan dan penyebaran agama.
2.      Faktor perkahwinan.
3.      Faktor perdagangan.
4.      Faktor politik dan penaklukan.
5.      Faktor peranan ahli-ahli sufi.

  • Kesan-Kesan Kedatangan Islam ke Alam Melayu:
1.      Pandangan semesta.
2.      Politik, pemerintahan, dan undang-undang.
3.      Sosial.
4.      Ekonomi.
5.      Kesenian.
6.      Ilmu pengetahuan,bahasa, dan sastera.
7.      Adat dan cara hidup.